Tuesday, January 18, 2011

KE MANA HARTA KITA DIBELANJAKAN ?

tuan/puan... sila lah ziarah lama blog PASTI Kawasan Kubang Pasu di alamat

http://pastikubangpasu.blogspot.com/


macam-macam maklumat yang boleh diperolehi di sana mengenai pendidikan islam pra sekolah. Bagi yang dianugerahkan oleh Allah rezeki yang lebih dan ingin menderma, pihak Jabatan Pasti Kawasan Kubang Pasu amat berbesar hati untuk menerima sumbangan dari tuan/puan. Ini adalah sumbangan bagi meneruskan kesinambungan penerapan nilai-nilai Islam dalam diri anak kecil yang akan membesar sebagai pemimpin di masa hadapan.

tuan/puan bolehlan mem'bank-in'kan sumbangan tuan/puan ke

akaun Pasti Kawasan Kubang Pasu
BIMB - 02-039-01-005504-3

Individu yang banyak bekorban bagi memastikan anak bangsa kita diterapkan dengan nilai-nilai Islam yang suci adalah guru-guru PASTI. Atas alasan itulah, sumbangan yang tuan/puan hulurkan ini akan kami gunakan bagi mengurangkan beban guru-guru pasti Kawasan Kubang Pasu yang puratanya menerima elaun (guru PASTI tidak menerima gaji) hanya RM200 sebulan. Bayangkanlah di zaman yang serba harga Barang Naik ini, bagaimana mereka boleh meneruskan kehidupan dengan begitu rendah pendapatan bulanan berbanding cabaran untuk menjaga berpuluh anak murid. Jika tidak kerana bekerja untuk menegakkan kalimah Allah, sudah tentu ramai yang telah 'gugur'.

Sumbangan yang dihulurkan akan digunakan bagi

  • meningkatkan infrasturktur kemudahan PASTI bagi keselesaan anak-anak menimba ilmu,
  • sebagai yuran guru menghadiri kursus perguruan,
  • pembiayaan melaksanakan aktiviti tahunan (sukan, ujibakat, ihtifal dsb)
  • imbuhan (bonus) guru pada hujung tahun
  • dan sebagainya

Ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada tuan/puan yang sudi menghulurkan sumbangan sama ada secara 'one-off' atau secara bulanan. Semoga Allah merahmati hidup tuan/puan dan dilimpahkan lagi rezeki yang berkat yang berlipat kali ganda.

JAZAKALLAHU KHAIRAN KASIRO